PSPe BERSAMA KOMUNITI

PSPe BERSAMA KOMUNITI: PERKONGSIAN ILMU TEKNOLOGI DIGITAL DALAM PEMBELAJARAN BERSAMA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK CINI, PEKAN

 14 DISEMBER 2023

Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerusi inisiatif menggalakkan penggunaan platform digital secara beretika, telah mengadakan program pemerkasaan teknologi digital dalam pembelajaran di Sekolah Kluster Kecemerlangan,SK Tasik Cini Pekan (JHEOA).Menurut ketua program bersama komuniti ini, En. Mohd Shahri, program ini merupakan slot perkongsian ilmu bagi teknologi digital dalam pembelajaran (siri 6) yang melibatkan kumpulan Pereka di PSPe, dan lima (5) siri sebelum ini telah berjaya diadakan di beberapa buah sekolah seperti SMK Seri Pekan, SMK Karak, komuniti sekitar Pekan (dengan kerjasama Yayasan UMPSA) dan pelajar-pelajar dari Insititusi pengajian tinggi (IKM, KKTM, Kolej Komuniti sekitar Pekan dan Kuantan).


PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA KOMUNITI (PELAJAR IPT) SIRI 2

19 OGOS 2023

Pusat Sumber Pengajaran e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), sekali lagi menganjurkan program bersama komuniti (siri 2) dimana ianya melibatkan penyertaan pelajar dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kuantan & Pusat Giat Mara, Kuantan. Berkonsepkan “Perkongsian Teknologi Pendidikan”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada institusi jemputan dan objektif penganjuran program ini adalah untuk berkongsi kepakaran dalam inovasi teknologi pendidikan pada hari ini kepada para pelajar. Dimana ianya berfokuskan kepada pengenalan asas bagi pembangunan kandungan digital dalam pembelajaran. Ini secara tidak langsung membantu para pelajar dalam pengaplikasian sistem & teknologi yang terkini bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. Modul pembelajaran bagi sesi ini boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/

PROGRAM PERKASA TEKNOLOGI DIGITAL DALAM PEMBELAJARAN BERSAMA KOMUNITI (SMK KARAK)

26 JULAI 2023

Pusat Sumber Pengajaran e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP), telah menganjurkan program bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Karak yang melibatkan penyertaan seramai 20 orang pelajar dan juga 20 orang guru. Bertemakan “Perkongsian Teknologi Pendidikan”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar dan juga guru sekolah dimana program perkongsian kepakaran dan teknologi pendidikan yang boleh diadaptasikan oleh para pelajar dan juga guru untuk pengajaran dan pembelajaran dimana ianya berfokuskan kepada pengenalan asas bagi pembangunan bahan dan kandungan pembelajaran. Perkongsian ini sangat membantu para pelajar dan guru dalam pengaplikasian sistem teknologi yang terkini. Sesi pembelajaran ini adalah menggunakan pelantar e-pembelajaran UMP yang boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar ILMU UMP https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/

PROGRAM INOVASI TEKNOLOGI BERSAMA KOMUNITI (PELAJAR IPT)

21 JUN 2023

Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP), sekali lagi menganjurkan program bersama komuniti dimana ianya melibatkan penyertaan seramai 20 orang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara, Pekan & Kolej Komuniti Pekan.Berkonsepkan “Perkongsian Teknologi Pendidikan”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada institusi pengajian tinggi di sekitar Pekan. Pengarah program PSPe bersama komuniti ini, Mohd Shahri Mohd Akhir (Eksekutif Kanan) menyatakan program bersama komuniti ini adalah satu program bersiri PSPe bersama komuniti dalam perkongsian kepakaran dan teknologi pendidikan yang terkini bersama komuniti setempat.

PROGRAM KEMBARA PRIHATIN YAYASAN UMP : KURSUS PENGENALAN ASAS PEMBANGUNAN
BAHAN DIGITAL

17 JUN 2023

Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama-sama Yayasan UMP dibawah Program Kembara Prihatin Yayasan UMP telah menganjurkan satu Kursus Pengenalan Asas Pembangunan Bahan Digital dengan penglibatan daripada komuniti Pekan, Pahang seramai 30 orang.Berkonsepkan “Perkongsian Inovasi Teknologi”, program bersama komuniti ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada komuniti setempat. Menurut Encik Mohd Shahri Mohd Akhir (Eksekutif Kanan) selaku ketua program, siri perkongsian bersama komuniti ini adalah salah satu program yang dijalankan oleh pihak PSPe bersama komuniti setempat dimana ianya memberikan pendedahan asas kepada para peserta dalam membangunankan  bahan kandungan digital mengikut keperluan masing-masing. Modul pembelajaran  bagi sesi ini boleh diikuti secara percuma oleh semua peserta melalui pelantar ILMU UMP https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI : PERKASA TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN SMK SERI PEKAN
 
15 FEB 2023

Dalam menyahut agenda `Teknologi untuk masyarakat’ dibawah Pelan Strategik UMP25, Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP) mensasarkan beberapa program perintis bersama komuniti luar UMP bagi memperkasakan masyarakat dengan teknologi terkini dalam pendidikan sebagai tanggungjawab dan khidmat inovasi komuniti (CSI) universiti. Sejajar dengan agenda yang berkenaan, PSPe telah memilih Sekolah Menengah Seri Pekan (SMK Seri Pekan) sebagai kumpulan yang pertama bagi menjayakan misi ini. Program “Memperkasakan Teknologi Dalam Pendidikan” telah berjaya diadakan pada 15 Februari 2023 yang lalu dengan penyertaan seramai 30 orang pelajar peringkat menengah.