Image
Image

Pengenalan Anugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI)

Bagi menyemarakkan dan berkongsi amalan terbaik pemikiran dan rekabentuk semula pendidikan Tinggi Malaysia, KPT telah mewujudkan Anugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI). Anugerah ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan sejak mula diperkenalkan pada tahun 2017. Pada asalnya program ini dikenali sebagai Anugerah Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia (APRS) sebelum diberi penjenamaan semula dan diberi nama baharu iaitu AKRI pada tahun 2018.

Program ini diwujudkan bagi bertujuan untuk mengenalpasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan samada di peringkat institusi atau individu dalam EMPAT kategori berikut:

  1. Kurikulum Program Pengajian Inovatif
  2. Pengajaran Transformatif
  3. Pentaksiran Alternatif
  4. Pengalaman Pembelajaran Imersif
    • Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya
    • Pengalaman Pembelajaran Imersif Teradun (Blended)
    • Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka

Senarai Pemenang Anugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif Tahun 2022

KATEGORI PEMBELAJARAN IMERSIF (BERSEMUKA)

JOHAN
Inisiatif:  Pembelajaran Imersif Spektroskopi Molekul melalui Aktiviti Kolaboratif menggunakan CollactiFNote, SpectrAR, Struktur Molekul Augmented Reality dan Perkongsian Peta Minda
 
Ketua Inisiatif :  DR. NORAZZIZI BIN NORDIN
 
Institusi :  Universiti Sains Malaysia (USM)

 

KATEGORI PEMBELAJARAN IMERSIF (MAYA)

JOHAN
Inisiatif :  Multidisciplinary Collaborative Design Thinking with VRLE

Ketua Inisiatif :  En. Choong Wai Keng, Mike

Institusi :  Taylor’s University
 

KATEGORI PEMBELAJARAN IMERSIF (TERADUN)

JOHAN
Inisiatif: Blended-Cooperative Learning Environment for Immersive Learning Experiences in Process Simulation Course


Ketua Inisiatif: Prof. Madya. Ts. Dr. Mohd Kamaruddin bin Abd Hamid

Institusi: Universiti Malaysia Sabah (UMS)

 

KATEGORI PENGAJARAN TRANSFORMATIF

JOHAN

Inisiatif :  PEERS: The Digital Siswapreneurship Learning Process

Ketua Inisiatif :  Dr. Nur Thara Atikah Binti Zainal

Institusi :  Universiti Malaysia Sabah (UMS)`

 

 

KATEGORI PENTAKSIRAN ALTERNATIF

JOHAN

Inisiatif: An Innovative Alternative Assessment for the Engineers in Society Course Integrating SULAM and Design Thinking Approaches (EiS-Dt)

Ketua Inisiatif: Prof. Madya Dr. Ir. Che Maznah binti Mat Isa

Institusi: Universiti Teknologi MARA (UiTM)

 

 

KATEGORI PROGRAM PENGAJIAN INOVATIF

JOHAN

Inisiatif: Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) secara Terbuka dan Jarak Jauh (ODL)

Ketua Inisiatif: Prof. Madya Dr. Noor Dayana Abd Halim

Institusi: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)