LAWATAN KERJA TEKNIKAL PSPe KE AL-HIJRAH MEDIA CORPORATION & MEDIA PRIMA BERHAD (TV3)

Image
Image
Image
16 JUN 2022

Seramai enam (6) orang staf Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) yang diketuai oleh Dr. Al-Fahim Mubarak Ali (Ketua Teknikal PSPe) telah mengadakan sesi lawatan kerja teknikal ke Al-Hijrah Media Corporation dan juga Media Prima berhad (TV3) pada 14 hingga 16 Jun 2022 yang lalu.

Lawatan kerja teknikal ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pendedahan berkenaan skop kendalian teknikal dalam bidang penyiaran serta pembangunan kandungan kreatif dan juga digital seiring dengan keperluan teknologi dunia hari ini. Sepertimana yang sediamaklum, pandemik COVID-19 yang melanda dunia sehingga ke hari ini, telah merubah skop penyampaian dan juga medium perantaraan dalam menyampaikan maklumat dan sebagainya. Di samping itu, lawatan kerja ini juga dapat memberikan peluang kepada pihak PSPe meneroka kerjasama strategik bersama agensi luar sekaligus melahirkan idea-idea yang baharu.

Pengurus Besar, Jabatan Kejuruteraan & Sokong Penyiaran, Al Hijrah Media Corporation, Tuan Haji Suffian, dan Encik Kamaruddin Mape selaku Pengarang Kumpulan dari Jabatan Berita & Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad turut serta bersama-sama delegasi PSPe dalam memberikan input yang berfokuskan teknikal penyiaran serta kandungan kreatif dan digital sepertimana yang diperlukan oleh pihak PSPe.