Image
Massive Open Online Course (MOOC) adalah salah satu inisiatif kementerian dibawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Pengajian Tinggi (PT) 2015-2025 lonjakan yang ke-9 : Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global. Oleh yang demikian semua institusi pendidikan tinggi Malaysia telah menggerakan inisiatif yang berkenaan dengan membangunkan beberapa kursus melalui pendekatan Massive Open Online Course (MOOC) untuk ditawarkan kepada para pelajar dalam dan luar negara. Berikut adalah senarai kursus yang telah dibangunkan dan aktif ditawarkan kepada para pelajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar luar negara
Image

ASEM MOOC STAKEHOLDER FORUM 2019

ASEM MOOC STAKE HOLDER FORUM 2019
THE ZENITH PUTRAJAYA, MALAYSIA
8th NOVEMBER 2019

Persidangan antarabangsa “ASEM MOOC STAKEHOLDER’S FORUM 2019” adalah acara tahunan bagi rangkaian MOOC dalam membincangkan aktiviti-aktiviti MOOC yang terkini seiring dengan teknologi pembelajaran diatas talian pada hari ini. Ini sekaligus dapat memacu pencapaian MOOC. Malaysia khasnya dengan impak yang lebih besar ke peringkat yang lebih baik. Pada persidangan kali ini, satu sesi pertukaran MOA telah diadakan diantara Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama pihak Korea Massive Open Online Course (dikenali sebagai KMOOC)