Centre of Instructional
Resources & e-Learning (CIReL)
Breaking News


LAWATAN KERJA PUSAT PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT (PPSH), UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (UnIPSAS) KE PUSAT SUMBER PENGAJARAN & e-PEMBELAJARAN (PSPe), UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
22 MAC 2023
Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (CIReL), Universiti Malaysia Pahang (UMP), telah menerima kunjungan daripada Pusat Pengajian Sepanjang Hayat (PPSH), Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) yang bertujuan untuk mempelajari kaedah serta perkongsian terbaik bagi pengurusan dan pengendalian inisiatif e-pembelajaran di Universiti Malaysia Pahang(UMP). Kunjungan yang diinisiatifkan oleh YBrs. Dr Muhamad Fadlly Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, UnIPSAS bersama 4 delegasi ke PSPe ini disambut oleh Prof. Madya Ts. Dr Awanis Romli selaku Pengarah PSPe, delegasi UnIPSAS juga dibawa ke iSTUDIO dan juga Global Classroom dimana proses penyediaan pembangunan bagi Kandungan digital serta lain-lain aktiviti yang berasaskan dalam talian disiapkan. Diakhir perbincangan, pihak UnIPSAS telah menyatakan minat bagi sesi perbincangan lanjut berkenaan kerjasama pembangunan bagi kursus Micro-Credentials dan MOOC dimana akan memberikan manfaat yang lebih baik dan berkualiti kepada kedua-dua pihak.


Initiatives

Blended Learning

Micro-Credentials

Global Classroom
Platforms
Talk Series
Facilities
