Image
Image

BENGKEL E-LEARNING BERSAMA FAKULTI KOMPUTERAN (FK)

Bengkel bersama Fakulti Komputeran (FK) telah berjaya diadakan secara atas talian dengan penyertaan seramai 35 orang ahli fakulti. Bengkel yang dianjurkan oleh Fakulti Komputeran ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan secara terperinci bagi inisiatif-inisiatif e-pembelajaran dibawah seliaan Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP), seperti pembangunan kursus Modular, Micro-Credential, konsep PTG dan juga inisiatif Global Classroom.

Bengkel ini diketuai oleh Timbalan Pengarah PSPe iaitu Ts. Dr. Roshahliza Binti M Ramli dan dibantu oleh tiga (3) orang staf teknikal PSPe iaitu Nursurainie Mohamed Shateri, Yuzawani Yusoff dan Muhammad Iqbal Ramly.

Dalam memastikan inisiatif-inisiatif ini dapat dicapai dengan baik sekaligus memberikan impak yang berterusan dalam pembudayaan kaedah pembelajaran secara dalam talian, kami di PSPe mengalu-alukan mana-mana fakulti/pusat/kolej yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan juga bimbingan dalam menjayakan inisiatif e-pembelajaran UMP ini, boleh menghubungi pihak kami ditalian 09- 4315045 atau email cirel_admin@ump.edu.my. Maklumat berkaitan inisiatif e-pembelajaran UMP juga boleh didapati di portal https://cirel.ump.edu.my/