Image
Image
Image

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI: PERKASA TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN


15 FEBRUARI 2023 I SMK SERI PEKAN

Dalam menyahut agenda `Teknologi untuk masyarakat’ dibawah Pelan Strategik UMP25, Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP) mensasarkan beberapa program perintis bersama komuniti luar UMP bagi memperkasakan masyarakat dengan teknologi terkini dalam pendidikan sebagai tanggungjawab dan khidmat inovasi komuniti (CSI) universiti.

Sejajar dengan agenda yang berkenaan, PSPe telah memilih Sekolah Menengah Seri Pekan (SMK Seri Pekan) sebagai kumpulan yang pertama bagi menjayakan misi ini. Program “Memperkasakan Teknologi Dalam Pendidikan” telah berjaya diadakan pada 15 Februari 2023 yang lalu dengan penyertaan seramai 30 orang pelajar peringkat menengah. Unit Grafik dan multimedia PSPe telah menyediakan beberapa modul pembelajaran secara terus bersama-sama pelajar.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk melestarikan pembelajaran bermakna dengan menggunakan teknologi pendigitalan dimana ianya dapat memberikan pendedahan tentang kemahiran menghasilkan kandungan pembelajaran yang berkualiti dan berinteraktif. Program ini juga secara tidak langsung membantu pihak sekolah dalam memperkasakan lagi teknologi dalam pendidikan.

Menurut Pengarah PSPe, Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli, pihak PSPe mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Seri Pekan diatas komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini dan PSPe akan terus bersama-sama komuniti dalam memperkasakan lagi agenda perkongsian ini dimana Ketua Projek, Encik Mohd Shahri Mohd Akhir telah mengenalpasti beberapa buah sekolah dan pusat pengajian disekitar Kuantan khasnya dan Negeri Pahang amnya bagi penganjuran program yang seterusnya.

Pelbagai maklumat dan informasi yang terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMP boleh didapati di portal PSPe https://cirel.ump.edu.my