Image

PEMBANGUNAN KANDUNGAN DIGITAL UMP

Micro-credentials secara amnya adalah suatu kursus atau pakej pembelajaran yang bertujuan untuk mengiktiraf peningkatan kepakaran dan kompetensi spesifik individu dalam pelbagai bidang dan lazimnya diakses menerusi platform portal pembelajaran dalam talian.

Penawaran Micro-credentials memberi peluang terutamanya kepada individu bekerja untuk meningkatkan kemahiran spesifik yang disyaratkan oleh majikan dan industri dalam tempoh yang singkat. Ia bertujuan untuk memastikan kekinian ilmu serta menutup jurang kemahiran (skills gap) yang disebabkan oleh kepesatan perkembangan pengetahuan dan teknologi masa kini. 

Portal ini akan memberikan maklumat-maklumat terkini berkenaan inisiatif kualiti Micro-credentials yang dipelopori MQA, bagi memperkukuhkan usaha Kementerian Pengajian Tinggi dalam menyokong agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Tujuan garis panduan ini adalah untuk membantu staf akademik Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pihak berkepentingan yang berkaitan dalam membangunkan e-kandungan berkualiti bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdP-DT) dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Bahan e-kandungan yang dibangunkan untuk tujuan PdP-DT mestilah mencapai tahap kualiti yang ditetapkan mengikut kriteria yang ditetapkan dalam garis panduan ini.

Penapisan bahan e-kandungan yang telah dibangunkan sebelum ia dimuat naik pada platform Pembelajaran menggunakan kriteria yang ditetapkan dalam garis panduan ini. Garis panduan hendaklah dibaca bersama-sama dengan:

CONTOH : 1

CONTOH : 2

CONTOH : 3

CONTOH : 1

CONTOH : 2

CONTOH : 3

CONTOH : 1

CONTOH : 2

CONTOH : 3