Image

EDUTECH MALAYSIA 2023 ALOFT KUALA LUMPUR SENTRAL, KUALA LUMPUR
10 MEI 2023 

 

Image
Image
Image
Wakil daripada Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) yang di ketuai oleh Dr Sureena Abdullah (Timbalan Pengarah PSPe) telah menghadiri persidangan dan pameran teknologi pendidikan, EDUtech Malaysia yang berlangsung di Aloft Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur. Pada edisi kali ini, seramai 250 peserta yang hadir dan dibarisi oleh 30 orang penceramah yang hebat. Acara hibrid dua (2) hari itu memberi tumpuan kepada perbincangan tentang inovasi dalam cara pendidikan disampaikan, dan peluang untuk menilai penyelesaian dan rangkaian. Penyertaan wakil PSPe di Edutech Malaysia pada tahun ini, secara tidak langsung membuka peluang dalam mendapatkan rakan kerjasama bagi pembangunan modul Micro-Credentials dan juga kerjasama
dalam lain-lain inisiatif e-pembelajaran yang dijalankan di UMP.

BENGKEL SEMAKAN BAHAN KANDUNGAN DIGITAL (MICRO- CREDENTIALS) UMP
16 MEI 2023

 

Image
Image
Image
Bengkel semakan akhir bahan kandungan digital (Micro-Credentials) telah berjaya diadakan di Swiss-Belhotel Kuantan dimana sebanyak 14 kursus MC yang sedang dan telah siap dibangunkan (fasa 1) akan dibentangkan bagi tujuan semakan dan penilaian peringkat akhir. Pada sesi bengkel kali ini sebanyak 8 kursus telah berjaya dibentangkan dan akan dimuat naik ke pelantar ILMU UMP bagi tujuan penawaran kepada komuniti dalam dan luar UMP, dan 6 kursus perlu untuk proses penambahbaikan.

Penghasilan modul yang lengkap bagi Modular/Micro-Credentials ini sekaligus memenuhi keperluan inisiatif e-pembelajaran UMP25 bagi tahun 2023 dan mencapai sasaran bagi Pelan Strategik UMP25. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kursus Micro-Credential ini sila layari https://ilmu.umpadvanced.edu.my/ILMU/ dan maklumat-maklumat terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMP boleh didapati di portal https://cirel.ump.edu.my/index.php/en/

LAWATAN KERJA PUSAT PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT (PPSH), UNIVERSITI ISLAM PAHANG
SULTAN AHMAD SHAH (UnIPSAS) KE PUSAT SUMBER PENGAJARAN & e-PEMBELAJARAN (PSPe),
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) 22 MAC 2023

Image
Image
Image
Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (CIReL), Universiti Malaysia Pahang (UMP), telah menerima kunjungan daripada Pusat Pengajian Sepanjang Hayat (PPSH), Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) yang bertujuan untuk mempelajari kaedah serta perkongsian terbaik bagi pengurusan dan pengendalian inisiatif e-pembelajaran di Universiti Malaysia Pahang(UMP). Kunjungan yang diinisiatifkan oleh YBrs. Dr Muhamad Fadlly Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, UnIPSAS bersama 4 delegasi ke PSPe ini disambut oleh Prof. Madya Ts. Dr Awanis Romli selaku Pengarah PSPe, delegasi UnIPSAS juga dibawa ke iSTUDIO dan juga Global Classroom dimana proses penyediaan pembangunan bagi Kandungan digital serta lain-lain aktiviti yang berasaskan dalam talian disiapkan. Diakhir perbincangan, pihak UnIPSAS telah menyatakan minat bagi sesi perbincangan lanjut berkenaan kerjasama pembangunan bagi kursus Micro-Credentials dan MOOC dimana akan memberikan manfaat yang lebih baik dan berkualiti kepada kedua-dua pihak.

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI : PERKASA TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN 15 FEB 2023
SMK SERI PEKAN

Image
Image
Image
Image
Image
Dalam menyahut agenda `Teknologi untuk masyarakat’ dibawah Pelan Strategik UMP25, Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP) mensasarkan beberapa program perintis bersama komuniti luar UMP bagi memperkasakan masyarakat dengan teknologi terkini dalam pendidikan sebagai tanggungjawab dan khidmat inovasi komuniti (CSI) universiti.

Sejajar dengan agenda yang berkenaan, PSPe telah memilih Sekolah Menengah Seri Pekan (SMK Seri Pekan) sebagai kumpulan yang pertama bagi menjayakan misi ini. Program “Memperkasakan Teknologi Dalam Pendidikan” telah berjaya diadakan pada 15 Februari 2023 yang lalu dengan penyertaan seramai 30 orang pelajar peringkat menengah. Unit Grafik dan multimedia PSPe telah menyediakan beberapa modul pembelajaran secara terus bersama-sama pelajar.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk melestarikan pembelajaran bermakna dengan menggunakan teknologi pendigitalan dimana ianya dapat memberikan pendedahan tentang kemahiran menghasilkan kandungan pembelajaran yang berkualiti dan berinteraktif. Program ini juga secara tidak langsung membantu pihak sekolah dalam memperkasakan lagi teknologi dalam pendidikan.

Menurut Pengarah PSPe, Prof. Madya Ts Dr Awanis Romli, pihak PSPe mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SMK Seri Pekan diatas komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini dan PSPe akan terus bersama-sama komuniti dalam memperkasakan lagi agenda perkongsian ini dimana Ketua Projek, Encik Mohd Shahri Mohd Akhir telah mengenalpasti beberapa buah sekolah dan pusat pengajian disekitar Kuantan khasnya dan Negeri Pahang amnya bagi penganjuran program yang seterusnya.

Pelbagai maklumat dan informasi yang terkini bagi inisiatif e-pembelajaran UMP boleh didapati di portal PSPe https://cirel.ump.edu.my ,dan sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui email cirel_admin@ump.edu.my






BENGKEL e-LEARNING BERSAMA FAKULTI KOMPUTERAN (FK)

Image
Image
Image
Bengkel bersama Fakulti Komputeran (FK) telah berjaya diadakan secara atas talian dengan penyertaan seramai 35 orang ahli fakulti. Bengkel yang dianjurkan oleh Fakulti Komputeran ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan secara terperinci bagi inisiatif-inisiatif e-pembelajaran dibawah seliaan Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe), Universiti Malaysia Pahang (UMP), seperti pembangunan kursus Modular, Micro-Credential, konsep PTG dan juga inisiatif Global Classroom.

Bengkel ini diketuai oleh Timbalan Pengarah PSPe iaitu Ts. Dr. Roshahliza Binti M Ramli dan dibantu oleh tiga (3) orang staf teknikal PSPe iaitu Nursurainie Mohamed Shateri, Yuzawani Yusoff dan Muhammad Iqbal Ramly.

Dalam memastikan inisiatif-inisiatif ini dapat dicapai dengan baik sekaligus memberikan impak yang berterusan dalam pembudayaan kaedah pembelajaran secara dalam talian, kami di PSPe mengalu-alukan mana-mana fakulti/pusat/kolej yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan juga bimbingan dalam menjayakan inisiatif e-pembelajaran UMP ini, boleh menghubungi pihak kami ditalian 09- 4315045 atau email cirel_admin@ump.edu.my. Maklumat berkaitan inisiatif e-pembelajaran UMP juga boleh didapati di portal https://cirel.ump.edu.my/

 LAWATAN KERJA DELEGASI PUSAT SUMBER PENGAJARAN & e-PEMBELAJARAN (PSPe), KE UNISA YOGYAKARTA DAN BINUS UNIVERSITY

Image
Image
25 Oktober 2022, Delegasi PSPe seramai 4 orang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr Awanis Romli (Pengarah PSPe) telah mengadakan lawatan kerja ke Universitas 'Aisyiyah Yogyakarta dan BINUS University, Jakarta pada 25 – 28 Oktober 2022. Objektif utama lawatan kerja ini adalah untuk rangka kerjasama pembangunan Micro-Credentials dan MOOC bagi inisiatif jangka panjang dibawah Pelan Strategik UMP25. Kerjasama ini akan memperkukuhkan lagi agenda pendigitalan kandungan akademik universiti. Secara tidak langsung, pembangunan secara bersama dengan rakan kerjasama ini juga akan meningkatkan lagi penghasilan bilangan kursus Modular-Credential sekaligus memberikan impak yang baik kepada penjenamaan UMP diperingkat antarabangsa.

Perbincangan bersama kedua-dua universiti ini juga mengfokuskan kepada cadangan kerjasama penganjuran persidangan yang bertaraf antarabangsa bagi inovasi akademik dan teknologi pembelajaran. Sepertimana sediamaklum, BINUS University adalah diantara universiti terbaik di Indonesia bagi program Teknologi Maklumat.

 BENGKEL PENGGUNAAN PELANTAR UDAS (SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR)

Image
Image
Bengkel bersama staf akademik dan tenaga pengajar dari Kolej Kejuruteraan ini telah diadakan pada 17 Jun 2022 yang lepas dimana pengisian bengkel mengfokuskan kepada penggunaan sistem UDAS bagi tujuan peperiksaan akhir semester 2 2021/2022. Seramai 30 orang staf akademik dan tenaga pengajar yang mengikuti siri bengkel pada kali ini yang dijalankan secara hibrid.

 BENGKEL SEMAKAN AKHIR DOKUMEN MASTERPLAN E-LEARNING UMP 2021

Image
Image

Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) telah mengadakan Bengkel Semakan Akhir Dokumen Masterplan e-Learning UMP  2021-2025 bertempat di Swiss Garden Residences & Hotel, Genting Highlands pada 30 Mac – 1 April 2022 yang lepas.  Bengkel pada kali ini disertai oleh ahli JK Taskforce Master Plan e-Learning UMP 25 yang dilantik oleh pihak UMP.

Objektif dan keberhasilan bengkel adalah ini adalah untuk kerja-kerja semakan akhir bagi dokumen Masterplan e-Learning UMP 2021-2025 sekaligus bagi memastikan dokumen ini lengkap untuk dibentangkan kepada LPU UMP bagi tujuan rujukan warga UMP. Bengkel pada kali ini diketuai oleh Pengarah PSPe iaitu Prof. Madya Ts. Dr Awanis Romli selaku ketua JK Task Force e-Learning UMP 25.

 KLINIK e-PEMBELAJARAN OLEH PSPe

Image
Image
Program klinik e-pembelajaran adalah diantara inisiatif dan juga pendekatan baharu yang dijalankan oleh Pihak Pengurusan Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe). Pendekatan atau kaedah ini adalah bertujuan untuk membantu para pensyarah dan juga tenaga pengajar yang mempunyai masalah bagi penggunaan sistem dan teknologi bagi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

Bermula Januari sehingga ke April 2022, sebanyak lapan (8) sesi klinik e-pembelajaran telah dijalankan dimana setiap sesi ini dibantu oleh pakar-pakar yang telah dilantik oleh pihak PSPe mengikut kepakaran masing-masing. Sesi “one-to-one” selama 30 minit ini akan membantu para pensyarah atau tenaga pengajar menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Program ini dijalankan secara dalam talian bagi memudahkan para peserta dalam mendapatkan khidmat perundingan secara terus dan berfokus.
Sesi klinik e-pembelajaran ini diadakan secara berterusan (mengikut tarikh yang telah ditetapkan) oleh pihak PSPe dimana objektif penganjuran sesi klinik ini adalah bagi memastikan para pensyarah dan juga tenaga pengajar di UMP ini mahir dengan kesemua sistem dan teknologi pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

Pelbagai berita dan maklumat berkenaan inisiatif e-pembelajaran UMP boleh didapati di portal kami https://cirel.ump.edu.mydan sebarang pertanyaan lanjut boleh terus menghubungi kami di talian 09 – 4315054 atau email cirel_admin@ump.edu.my