IUCEL 2022: 5 PINGAT PERAK BAGI PENYELIDIK UMP

Image
Image
Image
Image
Serdang 30 Jun 2022 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah meraih kejayaan dengan 5 pingat perak di “International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2022”, Karnival yang dihoskan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) ini diadakan secara virtual yang bertemakan “Innovating Education for a Better Tomorrow”.
Lima (5) projek yang telah dianugerahkan dengan pingat perak adalah projek yang dibangunkan oleh penyelidik dari Fakulti Pengurusan Industri (FPI) yang diketuai oleh Puan Norazidah melalui projek “Embedding Micro-Credential Concept in Financial Management Modular Course”
Dua projek yang dihasilkan oleh Dr. Umi Kalsom Binti Masrom dari Pusat Bahasa Moden (PBM) juga dianugerahkan pingat Perak melalui projek “Enhancing Learner Satisfaction in Online Learning Enviroment : E-Learner Satisfation Model (E-LSaM) dan “Embarking on Adaptive Learning Using Lesson Activity and HSP Interactive Content”. Satu lagi projek innovasi daripada penyelidik Pusat Bahasa Moden yang dianugerahkan pingat perak adalah “Whatsapp: A Tool to Innovate the Learning of ESL Vocabulary” yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Zuraina Binti Ali.
Pingat Perak yang kelima bagi UMP adalah melalui projek ADAM DAMAI - Dari Pengurusan Kepelbagaian ke Teknologi Pendidikan Inklusif Sumber Terbuka yang diketuai oleh Dr. Munira Binti Abdul Razak dari Pusat Sains Kemanusiaan (PSK)
Untuk makluman, penganjuran IUCEL edisi 2022 ini sebanyak 409 produk inovasi telah dipertandingkan dibawah 2 kategori utama iaitu kategori Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL) (ahli akademik dan pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta) dan kategori PIP-Teacher Competition (penyertaan bagi guru & pelajar sekolah menengah & rendah).