SESI PERKONGSIAN TEKNIKAL DAN PEMBANGUNAN STUDIO DARIPADA PIHAK UMPA KE iSTUDIO CIRL (KAMPUS PEKAN)

Image
Image
Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) telah menerima kunjungan wakil teknikal daripada pihak UMPA bagi sesi perkongsian teknikal ke studio PSPe di kampus Pekan.
 
Objektif sesi perkongsian teknikal daripada pihak UMPA ini adalah bagi mendapatkan pendedahan dan juga mendapatkan maklumbalas sekaligus mengenalpasti penggunaan peralatan yang terkini dalam pembangunan studio dan juga cara penghasilan video yang berkualiti, dimana keperluan ini adalah selari dengan keperluan dunia masa kini yang menyediakan serta menawarkan bahan pembelajaran dan pengajaran secara digital.

Pihak PSPe sangat mengalu-alukan kehadiran unit,jabatan-jabatan serta institusi-institusi luar bagi sesi perkongsian kepakaran pembangunan bahan pengajaran & pembelajaran (P&P) dalam talian. Sebarang urusan dan pertanyaan boleh email kepada pihak kamidi cirel_admin@ump.edu.my