Image

IUCEL 2021: 2 PINGAT PERAK DAN 1 PINGAT GANGSA

Sintok, 16 Jun 2021 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah meraih kejayaan apabila dianugerahkan 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2021, Karnival yang dihoskan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) ini diadakan secara virtual yang bertemakan Leading Innovation Towards Digitalized Community”.

Dua projek yang telah dianugerahkan dengan pingat perak adalah projek yang dibangunkan oleh penyelidik dari Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) yang diketuai oleh mantan pengarah Prof. Madya Ts. Dr Aishah Abu Bakar melalui projek “ The Modular Course TVET Online (MCTO)”.
Projek ini adalah merujuk kepada satu inovasi baharu dalam pembelajaran & pengajaran (PDP) dimana para pelajar dibekalkan satu set lengkap Kit MCTO dan ianya bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai kandungan kursus melalui simulasi kerja praktikal sebenar yang biasanya mereka lakukan sama ada di makmal atau di lapangan. MCTO sangat berguna untuk institusi TVET di semua peringkat dan pihak berkepentingan lain yang perlu melatih atau meningkatkan pelajar atau kakitangan mengenai aspek praktikal dalam setiap disiplin. 

Pingat Perak yang kedua adalah melalui projek “High Quality Video for The Effective Inverted Classroom Application”yang telah dibangunkan oleh Ts. MD Noor bin Ariffin, Ts. Junaidi Zakaria serta Dr. Rozaimi Abu Samah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia Dan Proses. Projek ini adalah berkenaan inovasi alat yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti persembahan audio dan video. Objektif projek ini adalah studio rakaman mini dibangunkan untuk memenuhi keperluan video rakaman berkualiti tinggi bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran terutama untuk flipped classroom.

Bagi pingat gangsa pula telah disumbangkan oleh Dr. Muhammad Azrin Ahamd & Dr Norhafizah Md Sarif dari Pusat Sains Matematik (PSM) malalui projek Handling Big Groups Effectively Using Moodle as Learning Management System (LMS). Projek ini adalah merujuk kepada bagaimana ciri-ciri dalam aplikasi Moodle berguna dalam membantu pensyarah menyusun halaman kursus mereka dengan berkesan terutamanya apabila melibatkan kumpulan besar. Tambahan Ia dapat membantu para pensyarah merancang, mengatur, merancang dan menjalankan pembelajaran dalam talian mereka dengan cara yang betul serta menyumbang kepada pencapaian pelajar dalam jangka masa panjang.

Bagi penganjuran IUCEL edisi 2021 yang dirasmikan oleh YB Dato' Mansor Othman Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, sebanyak 321 produk inovasi yang dipertandingkan dibawah 2 kategori utama dimana 204 (61%) projek adalah dibawah kategori Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL) (ahli akademik dan pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta) dan selebihnya adalah dibawah kategori PIP-Teacher Competition (penyertaan bagi guru & pelajar sekolah menengah & rendah).